Ok. Seriously aku dah agak mual dengan pilihanraya di Malaysia.
Kalau siapa-siapa yang ikut perkembangan terkini dalam negara, ADUN Pelabuhan Klang yang keluar PKR menjadi bebas-mesra BN, Badrul Hisham Abdullah telah dipecat kerana tidak menghadiri sidang DUN negeri Selangor selama lebih setengah tahun.
Bagi yang malas membaca - membaca harian metro, utusan, berita harian tidak dikategorikan membaca, menurut undang-undang tubuh negeri Selangor ADUN Klang ni memang sudah layak dipecat.
Kenapa aku mual??
Oh setiap kali ada PRK, berita ditv, surat khabar, dan media-media rasmi kerajaan, penuh dengan propaganda negatif dan menjijjikkan.
Terasa macam rakyat ini tersangatlah bodoh dan mereka sebagai kerajaan tersangatlah bijaksana. Bwueekkk….
Aku rasa kita tak payah buat pilihanraya ni. Membazir duit je. Walau apa pun pilihan rakyat, kerajaan tidak akan hormat. Kecuali jika memilih gerombolan dulu, kini , dan selamanya.
Melainkan, kita pakat humban gerombolan ke dalam tong sampah sejarah. Tapi secara peribadinya, aku tidak percaya sistem demokrasi berparlimen. Mengarut je semua tu. Demokrasi sebenarnya ialah turun ke jalan raya. Uih, aku tersangatlah kagum dengan keberanian rakyat Tunisia menggulingkan Presiden mereka.
Aku rasa kalau gerombolan terus berkuasa dalam 10tahun lagi, dan penyokong-penyokong pembangkang terus dinafikan hak untuk berpolitik secara adil, rakyat Malaysia akan turun ke jalan raya jua. Mejulang bendera revolusi, menggengam buku lima dan menumbuk ke langit.
Oleh itu, pesanan buat kerajaan gerombolan, silalah aniaya rakyat lagi. Buat sehingga rakyat terdesak dan melakukan sesuatu tindakan pencetus picu kebangkitan seperti yang dibuat oleh Sidi Bouzid.

Awas pemerintah, kamu diangkat oleh rakyat. Dan rakyat jualah yang mampu menjatuhkan kamu!
